Elon Musk Membuang Facebook Pages Untuk Tesla Dan SpaceX

Elon Musk Membuang Facebook Pages Untuk Tesla Dan SpaceX

Diterbitkan pada Mac 24, 2018 oleh .

Minggu ini menyaksikan skandal data menimpa Facebook yang membawa kepada beberapa maklumbalas pengguna, termasuk ramai yang mengambil langkah untuk memadam akaun Facebook. Sebelum ini, kita telah melihat pengasas WhatsApp mengalakkan pengguna meninggalkan platform berkenaan, dan kini Elon Musk dilihat membuang Facebook Pages untuk Space X, Tesla dan juga Solar City.

Elon Musk mengambil langkah untuk membuangnya sebagai respon kepada tweet daripada pengguna yang mencabar beliau. Elon Musk membalas dengan mengatakan beliau tidak perasan kewujudan Facebook Pages berkenaan, dan seterusnya mengambil langkah untuk membuangnya.

Kedua-dua Facebook Pages berkenaan mempunyai lebih 2 juta pengguna ketika halaman berkenaan aktif. Ia tidak diketahui Elon Musk telah membuangnya sepenuhnya, atau sekadar mengambil langkah untuk nyah-aktifkan Pages berkenaan sahaja.

Buat masa ini, walaupun telah membuang Facebook Pages berkenaan, akaun SpaceX dan Tesla di Instagram masih aktif. Seperti ramai sedia maklum, Instagram turut dimiliki oleh Facebook.


TIPS & ULASAN