Aplikasi Facebook Dilkemaskini Bagi Memudahkan Pengguna Mengakses Tetapan Privasi

Aplikasi Facebook Dilkemaskini Bagi Memudahkan Pengguna Mengakses Tetapan Privasi

Diterbitkan pada Mac 29, 2018 oleh .

Privasi ialah topik hangat yang diperkatakan sejak seminggu lalu selepas berlakunya skandal Facebook dan Cambridge Analytica. Jutaan data pengguna telah disalahgunakan di dalam kempen pilihanraya di seluruh dunia. Facebook juga didapati melog kesemua mesej dan panggilan telefon pengguna aplikasi Android sejak bertahun lamanya.

Kesan dari kesemua perkara di atas Facebook menerima tempelak yang besar sehingga Zuckerberg dipanggil oleh kongres Amerika Syarikat dan syarikat besar seperti TESLA memadam akaun mereka. Bagi mengurangkan keresahan pengguna yang tidak mahu data mereka dijual, aplikasi Facebook telah dikemaskini.

Kali ini skrin tetapan privasi lebih mudah ditemui kerana diletakkan setempat. Sebelum ini tetapan privasi berselerak pada 20 skrin tetapan berbeza. Selepas kemaskini data yang ingin dikongsi, tetapan siapa boleh melihat status dimuat naik, akses kepada aplikasi dan sebagainya dipaparkan dengan lebih jelas. Mereka juga boleh melihat kesemua data yang mereka kongsikan kepada Facebook selama ini. Dengan perubahan ini Facebook ingin menunjukkan mereka komited kepada privasi data pengguna mereka.


TIPS & ULASAN