Hampir tiga tahun yang lalu Samsung Gear S2 dilancarkan. Rekaannya yang minimalis digabungkan dengan perisian yang memberikan pelbagai fungsi menarik. Ia adalah antara jam tangan pintar terbaik di pasaran semasa dilancarkan. Kekurangannya ialah pada waktu pelancaran, ia tidak menyokong sebilangan peranti Android bukan keluaran Samsung dan juga tiada sokongan iOS.
Mungkin ramai merasakan jam tangan ini sudah ketinggalan zaman. Tetapi Samsung telah mengesahkan Gear S2 akan menerima kemaskini Tizen 3 sama seperti Gear S3. Jam tangan pintar ini akan menggunakan antaramuka baru, menerima fungsi jurulatih kesihatan terbina, kebolehan mengawal Gear VR dan Powerpoint dari pergelangan tangan dan banyak lagi.
Pendek kata Gear S2 yang sudah berusia ini mempunyai fungsi yang sama seperti sebuah Gear S2 dan Gear Sport yang lebih baru. Kemaskini boleh dilakukan terus menerusi aplikasi Galaxy Apps di telefon pintar anda hari ini.