Carian
Uber Dilaporkan Akan Menjual Perniagaan India Kepada Ola
March 30, 2018 Effi Saharudin

Minggu ini Uber secara rasmi menjual perniagaan Asia Tenggara mereka kepada Grab. Uber menjual perniagaan Asia Tenggara mereka kepada Grab untuk pegangan 27.5% pada Grab. Ketua pegawai eksekutif mereka juga akan menyertai lembaga Grab. Kini kedengaran ura-ura seterusnya mereka akan menjual perniagaan mereka di India pula.

Uber TunaiMenurut laporan The Hindu, Grab akan menjual perniagaan mereka kepada Ola di India. Ola ialah pesaing mereka yang mempunyai pegangan 70% pasaran perkhidmatan tempahan pengangkutan di India. Perbincangan di antara kedua-dua syarikat dipercayai telah berlangsung sejak setahun lalu dengan Softbank menjadi orang pertengahan.

Softbank melabur di dalam Uber dan Ola. Pada waktu yang sama mereka juga melabur ke dalam Grab tahun lalu. Uber menyangkal laporan mereka akan menjual kepada Grab beberapa bulan sebelum perjanjian dimeterai. Hanya beberapa hari yang lalu mereka turut mengeluarkan kenyataan tidak akan lagi menarik diri dari pasaran lain.

Komen