Cari @ Amanz

GoPro bertanggungjawab mempopularkan penggunaan kamera aksi bersaiz kecil. Kepopularannya menyebabkan banyak kamera pesaing dihasilkan tetapi pada harga yang lebih mampu milik. Ini menyebakkan jualan GoPro merudum sejak akhir-akhir ini. Bagi mendominasi semula pasaran kamera aksi, GoPro Hero telah dilancarkan semalam.

Kamera aksi ini dijual pada harga lebih mampu milik ialah $199.99 (~RM 771) sebuah. Ini ialah harga yang amat murah jika dibandingkan dengan GoPro Hero6 Black yang dijual pada harga RM 2399 di Malaysia. Kerana ia kamera mampu milik kemampuannya juga lebih rendah berbanding kamera GoPro yang lain.

Rakaman video terhad kepada resolusi maksimum 1440P 60FPS. Kemampuan merakam gambar pula ialah sehingga 10-Megapixel. Hero juga tidak menggunakan sensor GP1 serta tiada sokongan GPS. Tetapi ia masih kalis air sehingga 33 kaki. Kesemua aksesori GoPro yang dihasilkan boleh digunakan bersama kamera ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd