Carian
Rekaan Honor 10 Tertiris – Tidak Dilengkapi Tri-Kamera
April 7, 2018 Effi Saharudin

Honor 10 akan dilancarkan pada pertengahan bulan Mei 2018. Ia adalah sebuah Huawei P20 versi lebih mampu milik sepertimana Honor 9 ialah versi mampu milik kepada Huawei P10 tahun lalu. Rekaan panel belakang peranti ini telahpun tertiris dalam bentuk poster promosi peranti.

Seperti peranti Honor 9, Honor 10 mengekalkan rekaan panel belakang berkaca. Tidak seperti P20, sistem dwi kamera yang digunakan disusun mendatar. Sistem tri-kamera P20 Pro juga nampaknya tidak disertakan pada peranti ini. Ia juga mungkin menggunakan skrin bertakuk dan dijana pemproses Kirin 970. Honor 10 mungkin dilancarkan di China pada penghujung bulan ini sebelum dilancarkan secara global pada 15 Mei hadapan.

Komen