Xiaomi Redmi Note 5 Akan Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi
Aman
Xiaomi Malaysia nampaknya mungkin melancarkan Redmi Note 5 untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Terkini, peranti berkenaan dengan angka model M1803E7SG telah pun melepasi pengesahan pihak Sirim.

Seperti ramai sedia maklum, sebelum ini Redmi Note 5 pada awalnya telah dilancarkan di India yang mana merupakan variasi Redmi 5 Plus. Untuk pasaran tempatan, kita mungkin melihat penawaran seumpama di China, iaitu versi Redmi Note 5 Pro di India yang dikenali Redmi Note 5 di China.
Redmi Note 5 ini hadir dengan skrin 5.99-inci menggunakan nisbah 18:9, cip Snapdragon 636, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Ia juga dilengkapi bateri 4000mAh.
Untuk rakaman gambar, ia menggunakan dwi-kamera belakang 12MP + 5MP, selain kamera hadapan 13-megapixel.
Di Malaysia, Redmi Note 5 ini dijangka diperkenalkan sekitar penghujung bulan ini. Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenainya daripada Xiaomi Malaysia dalam masa terdekat ini.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.