Ketahui Info Anda Dikongsikan Ke Skandal Data Cambridge Analytics Atau Tidak

Ketahui Info Anda Dikongsikan Ke Skandal Data Cambridge Analytics Atau Tidak

Diterbitkan pada Apr 10, 2018 oleh .

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, salah satu perkara yang hangat diperkatakan adalah berkaitan dengan skandal data di Facebook yang memperlihatkan informasi dan data sekitar 87 juta pengguna Facebook diakses oleh Cambridge Analytica.

Sebelum ini, ia sedia maklum yang mana data pengguna di Malaysia tidak terdedah. Tetapi, sekiranya anda inginkan lebih kepastian, kini anda boleh menyemak sendiri melalui laman khusus yang disediakan oleh Facebook.

Pengguna boleh mengakses laman berkenaan, dan melihat sendiri sama ada informasi anda diakses oleh pihak Cambridge Analytica ataupun sebaliknya. Sekiranya ya, ia akan memaparkan informasi pada kotak khusus dihalaman berkenaan.

Sekiranya anda terjejas, anda diminta untuk mengubah tetapan pada halaman aplikasi supaya tidak berkongsi informasi dengan aplikasi yang tidak digunakan anda lagi.

Semak : Terjejas Dengan Skandal Data Facebook?


TIPS & ULASAN