Carian
iPhone 8 Dan 8 Plus Berwarna Merah Disenaraikan Di Malaysia Pada Harga Bermula Dari RM3649
April 10, 2018 Effi Saharudin

Seperti dijanjikan, iPhone 8 dan 8 Plus edisi (Product) RED mula disenaraikan di laman Apple Malaysia hari ini. Bagi yang berminat peranti ini dijual pada harga bermula dari RM3649 untuk storan 64GB dan RM4399 untuk storan 256GB,

Bagi mereka yang menggemari peranti bersaiz lebih besar, iPhone 8 Plus (Product) RED pula ditawarkan pada harga RM 4149 untuk storan 64GB dan RM 4899 untuk storan 256GB. Harga jualan kesemua model (Product) RED adalah sama seperti harga jualan model dengan pilihan warna yang lain. Kesemua model juga mempunyai rekaan tubuh berwarna merah dengan panel hadapan berwarna hitam. Tahun lalu panel depan dengan rekaan warna putih ditawarkan.

Seperti ramai sedia maklum, di bawah penawaran edisi (Product) RED ini, sebahagian daripada dana pembelian akan disumbangkan kepada Global Fund HIV/AIDS dalam pelbagai program mengatasinya. Apple mengatakan sejak menawarkan produk di bawah (RED) ini sejak 2006 yang lepas, mereka telah menyumbang lebih $160 juta kepada yayasan berkenaan.

Komen