Imej Pengolokan BlackBerry Athena Tertiris Ke Arena Web

Imej Pengolokan BlackBerry Athena Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Apr 11, 2018 oleh .

Blackberry KeyOne ialah telefon pintar dengan papan kekunci fizikal yang dilancarkan tahun lalu. Model penggantinya dikhabarkan menggunakan kod nama Blackberry Athena. Semalam imej pengolokan peranti yang dipercayai adalah Athen telah tertiris ke arena web.

Perbezaan yang dapat dilihat ialah ia kini menyokong sistem dwi-kamera pada bahagian belakang. Kedudukan butang kesemuanya diubah ke sisi kanan. Ia masih mengekalkan bicu audio 3.mm pada bahagian atas peranti. Tiada perubahan besar dari segi rekaan tubuh dan kemasan panel belakang yang mempunyai tekstur.

Sejauh manakah kesahihan imej pengolokan rasmi ini tidak diketahui. Tetapi bagi penggemar peranti dengan papan kekunci fizikal, mereka pasti teruja Blackberry masih mempunyai perancangan untuk menghasilkannya walau KeyOne dilaporkan hanya terjual sebanyak 850,000 unit setakat ini.

Sumber Slashleaks dan Crackberry.


TIPS & ULASAN