Xiaomi Melancarkan Mi Geek Shoulder Bag Untuk Peminat Tegar Permainan Video

Xiaomi Melancarkan Mi Geek Shoulder Bag Untuk Peminat Tegar Permainan Video

Diterbitkan pada Apr 17, 2018 oleh .

Tahun ini selain daripada trend rekaan peranti bertakuk, 2018 juga merupakan tahun pengeluar fokus kepada permainan video. Beberapa hari lalu syarikat yang disokong oleh Xiaomi, Black Shark melancarkan telefon pintar yang memfokuskan permainan video. Ketika pelancaran Xiaomi Mi Mix 2S, Xiaomi melancarkan komputer riba gaming pertama mereka.

Semalam, Xiaomi melancarkan Mi Geek Shoulder Bag iaitu beg yang memfokuskan untuk pemain video dan peminat gajet. Mi Geek Shoulder Bag ini mempunyai rekaan agresif bersegi, sokongan kalis air, mempunyai ruang khusus untuk menyimpan tetikus, kad SD, fon kepala dan juga pemacu USB. Selain itu, beg ini juga mempunyai ruang yang banyak dan juga sokongan pad lembut untuk menyokong tulang belakang.

 

Beg ini boleh didapati di laman web rasmi Xiaomi Cina pada harga RMB399 (~RM247) sahaja. Peminat game dan gajet akan kelihatan cool di hadapan rakan-rakan jika menggunakan beg in.


TIPS & ULASAN