Google Play Music Mungkin Ditamatkan Dan Digantikan Dengan YouTube Remix

Google Play Music Mungkin Ditamatkan Dan Digantikan Dengan YouTube Remix

Diterbitkan pada Apr 25, 2018 oleh .

Tahun lalu 43% keuntungan industri muzik datang dari perkhidmatan penstriman muzik. Ini adalah peningkatan sebanyak 39% berbanding 2016. Oleh itu perkhidmatan penstriman dilihat sebagai masa depan industri muzik yang pernah dilihat diancam kepupusan oleh masalah cetak rompak. Sebagai syarikat yang mengaut keuntungan secara atas talian, Google mungkin mengubah strategi muzik mereka dengan menamatkan perkhidmatan Google Play Music.

Menurut laporan Android Central, Google Play Music mungkin akan digantikan dengan platform penstriman muzik YouTube Remix pada penghujung tahun ini. Ia adalah bagi menyusun semula perkhidmatan penstriman muzik mereka yang agak mengelirukan.

Pelanggan YouTube RED dan Play Music boleh memuat turun aplikasi YouTube Music untuk menstrim muzik. Terlalu banyak perkhidmatan Google yang menawarkan produk yang sama. Dengan menawarkan platform baru yang lebih bersepadu, kekeliruan dapat dihapuskan sekaligus memudahkan pengguna. Ini bukan kali pertama ura-ura ini didengari. Penggabungan YouTube RED dan Play Music sebenarnya mula didengari pada pertengahan tahun lalu.


TIPS & ULASAN