Cari @ Amanz

Tahun ini tiga model baru iPhone akan dilancarkan dengan salah satunya menggunakan skrin LCD. Peranti dengan skrin sebesar 6.1 inci tidak akan mempunyai kemasan premium serta sokongan 3D Touch seperti dua model dengan skrin OLED.

Menurut laporan Business Korea, iPhone berskrin LCD ini akan menggunakan skrin MLCD+ yang sama seperti yang digunakan pada LG G7 ThinQ. Skrin MLCD+ mempunyai tahap keterangan yang lebih tinggi berbanding LCD biasa serta menggunakan kuasa yang lebih rendah. Ini mungkin tidak mengejutkan kerana Apple memang sudahpun bekerjasama dengan LG.

Penggunaan semula teknologi skrin juga bukan sesuatu yang baru. Sebelum Samsung Galaxy S9 menggunakan semula teknologi skrin OLED sub-pixel iPhone X yang dihasilkan oleh Samsung untuk Apple.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd