Cari @ Amanz

Oppo R15 dilancarkan di China pada Mac lalu dan merupakan peranti berspesifikasi paling tinggi yang merekan hasilkan setakat ini. Pihak Oppo hari ini telah berkongsi bahawa Oppo R15 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mei hadapan. Turut diperlihatkan ialah imej acah sempena pelancarannya di awah.

Kali terakhir Oppo siri “R” dilancarkan di Malaysia ialah R9S yang tiba Mac tahun lalu. R11 yang turut dilancarkan tahun walau bagaimanapun tidak pula dilancarkan di Malaysia.

Oppo R15 Pro ialah peranti dengan skrin 6.28″ OLED FHD+ bertakuk, dijana pemproses MediaTek Helio P60, memori sebesar 6GB RAM, storan 128GB, kamera utama 16+20 Megapixel f/1.7+f/2.2, kamera hadapan 20-Megapixel f/2.0 dan bateri sebesar 3450 mAh. Sistem operasi yang digunakan ialah Android 8.1 dengan pelancar Color OS 5. Di China peranti ini dijual pada harga RMB 3299 (~RM 2059) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd