Cari @ Amanz

Menerusi aplikasi AR Emoji, pengguna Samsung Galaxy S9 dan S9+ boleh menggantikan wajah mereka dengan watak-watak popular Disney. Sebelum ini watak Mickey, Minnie Mouse dan Donald Duck diberikan terlebih dahulu beberapa minggu selepas peranti utama ini dilancarkan.

Hari ini enam watak dari filem The Incredibles iaitu Mr. Incredible, Elastigirl, Violet, Dash, Jack-Jack dan Super Frozone boleh dimuat turun menerusi Galaxy Apps. Ini membawakan jumlah watak yang digunakan kepada sembilan kesemuanya. Selepas ini watak Brave pula akan diberikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd