Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan sejumlah peranti berspesifikasi asas dan pertengahan, pihak Samsung turut membawa masuk Samsung Galaxy J4 untuk pasaran tempatan.

Samsung Galaxy J4

Telefon pintar ini hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan panel Super AMOLED pada resolusi 1280×720 pixel, dilengkapi cip empat-teras 1.4Ghz, memori 2GB RAM, dan storan 16GB.

Ia menggunakan kamera belakang 13-megapixel f/1.9 dan juga kamera hadapan 5-megapixel f/2.2. Peranti ini menggunakan pengecas berasaskan mikro-USB untuk mengecas bateri 3000mAh.

Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah sokongan dwi-SIM dan Dual Messenger, ciri Always on Display, dan turut hadir dengan sokongan bicu audio 3.5mm.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM599 melalui pengedar Samsung seluruh negara bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd