LG G7 ThinQ adalah peranti kelas utama LG kedua selepas V30S ThinQ. Ia dijana dengan cip pemproses Snapdragon 845 dan mempunyai rekaan skrin bertakuk. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, LG akan melancarkan banyak peranti dalam kategori kelas utama dan antaranya adalah LG V35.
Informasi ini diterima melalui laman Wireless Power Consortium. Wireless Power Consortium adalah syarikat yang menjadikan teknologi pengecas tanpa wayar Qi sebagai satu pengecasan tanpa wayar asas untuk semua produk yang menyokongnya. Rekaan V35 ini kelihatan seperti V30S dan tidak mempunyai sebarang takuk seperti yang hadir pada LG G7 ThinQ.
Spesifikasi LG V35 ini adalah hampir sama dengan LG G7 ThinQ di mana ia akan dijana dengan cip Snapdragon 845. Selain itu, sudah pasti ia akan mempunyai sokongan pengecasan tanpa wayar seperti yang tersenarai dalam laman Wireless Power Consortium. Maklumat mengenai tarikh pelancaran, harga dan juga pilihan warna masih tidak diketahui. Sama-sama kita nantikan.