Cari @ Amanz

Awal pagi tadi telah kami laporkan di mana Google Pixel 3 XL dijangka hadir dengan skrin bertakuk, manakala Pixel 3 tanpa takuk. Berdasarkan rekaan panel kaca yang tertiris beberapa hari yang lepas, Phone Designer memperlihatkan rekaan konsep Pixel 3 dan juga Pixel 3 XL.

Rekaan hadapan ini menunjukkan rekaan bingkai dan dagu yang lebih tipis. Pixel 3 kelihatan seakan Pixel 2 XL versi kecil dan Pixel 3 XL mempunyai rekaan yang ramai benci iaitu skrin bertakuk. Panel belakang pula dilihat adalah rekaan Phone Designer tersendiri dan beliau mencadangkan kedua Pixel 3 menggunakan panel kaca yang penuh seperti iPhone.

Selain itu, Pixel 3 dan Pixel 3 XL dilaporkan akan direka sepenuhnya oleh Google tanpa kerjasama LG atau HTC. Turut dilaporkan adalah kedua peranti baru Google ini akan dihasilkan oleh Foxconn – iaitu kilang yang menghasilkan iPhone.

Berdasarkan rekaan konsep ini, apa kata anda dan adakah akan memiliki Pixel 3? Saya seorang peminat peranti dengan Android asli, saya mungkin akan memiliki salah satu peranti ini. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd