Cari @ Amanz

OnePlus 6 adalah telefon pintar yang menggunakan skrin Optic AMOLED. Kebiasaannya, peranti dengan skrin AMOLED akan mempunyai fungsi Always On Display (AOD). Akan tetapi untuk OnePlus 6 fungsi AOD dibuang pada saat akhir sebelum ia dilancarkan kerana masalah bateri. Walaupun sudah dilancarkan dan fungsi AOD sudah pun tiada, masalah bateri ini masih lagi berlaku dan ia agak menjengkelkan.

Bagi anda yang tidak hiraukan isu bateri ini kerana pengecas pantas yang disediakan OnePlus sudah cukup baik dan cukup pantas, ini adalah cara untuk kembalikan AOD pada OnePlus 6.

1. Magisk

Pastikan anda sudah root dan mempunyai aplikasi Magisk di dalam peranti. Pemasangan Magisk perlu dilakukan secara TWRP untuk fungsi root kekal dan pemasangan secara flash boot.img akan jadikan peranti anda soft brick.

2. Muat turun modul Magisk

Jika anda sudah memasang Magisk dan memastikan peranti anda sudah root, muat turun fail OP5_AOD_Enabler.zip.

3. Pasang modul Magisk

Buka aplikasi Magisk, tatal ke kanan dan buka “Modules” > cari modul yang dimuat turun tadi dan tekan pasang. Selesai, tekan “reboot“.

4. Aktifkan melalui tetapan

Selesai boot masuk ke peanti, buka tetapan “” daDisplayn cari “Ambient display“. Di bawah “Lift up display” terdapat pilihan “When to show” dan anda perlu pilih “Always on” untuk mengaktifkan AOD. Ubahsuai tetapan anda seperti memilih jenis jam di “Clock style” atau juga pilihan untuk paparkan notifikasi baru.

PERINGATAN, ONEPLUS 6 MENGGUNAKAN PARTITION A/B DAN PEMASANGAN TWRP PADA MEMERLUKAN SEDIKIT KESABARAN DAN ANDA PERLU BERHATI-HATI

Itu sahaja langkahnya dan kini fungsi AOD telah kembali pada OnePlus 6 anda. Walau bagaimanapun, apabila anda menerima kemaskini OTA – sistem akan mencadangkan memuat turun fail kemaskini penuh untuk membuang semula root.

Itu sahaja langkah untuk kembalikan AOD pada OnePlus 6. Adakah anda akan lakukannya pada OnePlus 6 anda? Saya sudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd