Xiaomi Mi 8 SE Turut Dilancarkan – Peranti Pertama Menggunakan Pemproses Snapdragon 710

Xiaomi Mi 8 SE Turut Dilancarkan – Peranti Pertama Menggunakan Pemproses Snapdragon 710

Diterbitkan pada Mei 31, 2018 oleh .

Turut dilancarkan sebentar tadi ialah Xiaomi Mi 8 SE. Ini ialah sebuah Mi 8 dengan spesifikasi lebih rendah. Ia hanya dilengkapi skrin sebesar 5.88″ AMOLED FHD+ HDR dan dijana pemproses Snapdragon 710. Pemproses ini baru sahaja dilancarkan minggu lalu dengan pelbagai fungsi yang selama ini hanya ditemui pada pemproses siri Snapdragon 800.

Kamera utama kini hanya menggabungkan sensor 12+5 Megapixel f/1.9+f/2.0 manakala kamera swafoto 20-Megapixel yang sama dikekalkan. Seperti Mi 8 dan Mi 8 Explorer Edition, Mi 8 SE dilengkapi sistem kamera dengan bantuan kecerdasan buatan. Bateri sebesar 3120 mAh digunakan dengan pengecasan pantas QuickCharge 3.0 menerusi slot USB-C.

Tiada bicu audio disertakan dan sebuah pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian belakang peranti. Di China Xiaomi Mi 8 SE dijual pada harga bermula RMB 1799 (~RM 1119) dalam pilihan warna kelabu gelap, biru, merah dan emas.


TIPS & ULASAN