Oppo Malaysia telah mengumumkan harga baru peranti-peranti jualan mereka selaras dengan kadar GST sifar yang mula berkuat kuasa hari ini. Bagi mereka yang menantikan potongan harga pada peranti yang didambakan selama ini, berikut ialah senarai lengkap harga jualan rasmi.
Kesemua harga di bawah ialah harga jualan pada laman atas talian Oppo dan bilik pameran rasmi. Pada waktu yang sama tiada potongan harga untuk Oppo R15 Pro kerana ketika diumumkan minggu lalu, harga yang ditetapkan sudahpun pada kadar GST sifar. Harga jualan Oppo F7 Neelofa Raya Edition turut dikurangkan dan masih hadir dengan berkas khas bernilai RM 399.
- Oppo R15 Pro – RM 2399
- Oppo F7 – RM1299
- Oppo F7 Neelofa Raya Edition – RM 1299
- Oppo F7 128GB – RM1603
- Oppo F5 – RM1037
- Oppo A83 – RM754
- Oppo A71k (2018) – RM499
- Oppo A37 – RM499