Samsung Galaxy A9 Star Dan Galaxy A9 Star Lite Dilancarkan Secara Rasmi Di China

Diterbitkan pada Jun 8, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Peranti misteri Samsung dengan rekaan kamera belakang seakan iPhone X akhirnya dilancarkan di China. Ia adalah Samsung Galaxy A9 Star dan A9 Star Lite. Kedua-dua peranti ini telah dilancarkan secara rasmi di China hari ini dengan spesifikasi kelas pertengahan.

Samsung Galaxy A9 Star dilengkapi skrin 6.3″ SAMOLED FHD+, dijana pemproses Snapdragon 660, memori sebesar 4GB RAM, storan sebesar 64GB (mikroSD sehingga 400GB), kamera utama 16+24 Megapixel f/1.7+f/1.7, kamera hadapan 24-Megapixel dan bateri sebesar 3700 mAh. Ia turut dilengkapi butang fizikal untuk Bixby terbina. Terdapat sokongan pengecasan pantas menggunakan USB-C, audio Dolby Atmos dan bicu audio 3.5mm.

Samsung Galaxy A9 Star Lite hanya Samsung Galaxy A6+ yang dijenamakan semula. Ia dilengkapi skrin 6″ SAMOLED FHD+, pemproses 1.8 GHZ lapan teras, memori sebesar 3/4 GB, storan 32/64GB, kamera utama 16+5 Megapixel f/1.7+f/1.9, kamera swafoto 24-Megapixel f/1.9 dan bateri sebesar 3500 mAh yang dicas menggunakan port pengecasan mikroUSB.

Di China Samsung Gaalxy A9 Star dijual pada harga RMB 2999 (~RM 1866) manakala Galaxy A9 Star Lite pula dijual pada harga RMB 1999 (~RM 1244).

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami