Cari @ Amanz

Menerusi kemaskini iOS 12 kelak, port Lightning pada peranti akan dinyahaktifkan selepas sejam ia tidak digunakan menerusi sistem USB Restricted Mode. Ini dilakukan oleh Apple bagi menghalang sistem keselamatan peranti dipintas oleh alat seperti GrayKey dan Cellebrite. Kedua-duanya memerlukan sambungan USB (menerusi port Ligthing) untuk berfungsi.

Menurut laporan Motherboard, pihak GrayKey mengesahkan mereka sudahpun berjaya memintas sistem keselamatan terkini Apple ini. Mereka juga berkata alat penyahsulitan mereka mempunyai lebih dari satu cara untuk membaca data yang tersimpan di dalam peranti yang dikunci. Bagaimana ia dilakukan masih lagi rahsia bagi mengelakkan Apple menutup kerentanan sedia ada.

Cellbrite walaubagaimanapun masih belum mampu mencari jalan memintas sistem keselamatan ini. Jadi buat masa ini pihak berkuasa yang ingin membaca kandungan peranti iOS 12 di masa hadapan, hanya GreyKey mampu melakukannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd