Cari @ Amanz

Akhirnya cahaya dapat dilihat di hujung terowong di dalam kes saman Apple ke atas Samsung yang sudah berlarutan sejak 2011. Mei tahun ini mahkamah mengarahkan Samsung perlu membayar $539 Juta kepada Apple kerana didapati bersalah melanggar paten rekaan iPhone pada peranti Galaxy keluaran mereka.

Pagi ini sedikit anti-klimaks, Apple dan Samsung telah bersetuju untuk akhirnya menyelesaikan perbalahan mereka di luar mahkamah. Apakah terma penyelesaian dan jumlah ganti rugi yang dibayar oleh Samsung kepada Apple tidak pula diumumkan. Saman difailkan oleh Apple pada taun 2011 kerana Samsung dituduh melanggar paten rekaan bucu telefon yang bulat, bahagian tepi yang diperbuat daripada logam, susunan grid ikon aplikasi, fungsi multi-gesture dan tap and zoom.

Dengan penyelesaian ini, mungkin hubungan kedua-dua syarikat dapat kembali pulih sekaligus membuka jalan kepada Samsung untuk memenangi kontrak menghasilkan cip Apple A13.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd