Alcatel 1 Dilancarkan – Peranti Android Go Kedua Daripada Alcatel
LG

Alcatel 1 Dilancarkan – Peranti Android Go Kedua Daripada Alcatel

Diterbitkan pada June 28, 2018 oleh .

Android Go adalah sistem operasi Android yang ringan. Ia memfokuskan untuk peranti dengan RAM kurang 1GB. Pada waktu pengenalan Android Go, Alcatel 1X adalah antara peranti terawal yang menggunakan sistem ini. Kini, Alcatel melancarkan pula Alcatel 1 – iaitu adik kepada Alcatel 1X.

Alcatel 1 ini dijana dengan cip MediaTek MT6739, skrin 480p dengan nisbah 18:9, memori 1GB RAM, storan dalaman 8GB, kamera belakang 5MP dan kamera hadapan 2MP. Menjalankan Android Go Oreo Edition, mempunyai bateri sebesar 2000mAh dan boleh dicas melalui mikroUSB.

Membezakan Alcatel 1 dan Alcatel 1X adalah, peranti Android Go baru ini tidak menyertakan pengimbas cap jari. Panel belakang peranti ini diperbuat daripada plastik, tetapi mempunyai kemasan seakan logam. Peranti ini turut memfokuskan penggunaan sosial media dengan menyertakan aplikasi khas untuk penyuntingan gambar – “Photo Booth“, “Instant Collage“, dan “Social Square“.

Alcatel 1 ini ditawarkan pada harga $89 (~RM360). Seperti Alcatel 1X, peranti ini buat masa ini hanya dijual di Amerika Syarikat.


TIPS & ULASAN