Cari @ Amanz

Honor 10 GT Dilancarkan – Honor 10 Dengan 8GB RAM Dan GPU Turbo

Link Copied!

Honor 10 telah dilancarkan beberapa bulan lepas. Ia boleh dikatakan adik kepada Huawei P20 kerana ia hadir dengan spesifikasi yang hampir sama. Sejajar dengan pengumuman GPU Turbo sebelum ini, Honor kini melancarkan Honor 10 GT.

Honor 10 GT membawakan spesifikasi yang sama tetapi dengan jumlah RAM yang lebih tinggi – iaitu 8GB RAM. Selain itu, Honor 10 GT ini juga terus hadir dengan sistem GPU Turbo yang mengoptimasikan perkakasan dan perisian untuk memberi prestasi yang lebih baik.

Lebih menarik, Honor 10 GT ini turut hadir dengan sokongan AIS. Iaitu teknologi penstabilan imej berasaskan kecerdasan buatan. AIS ini sebelum ini hadir pada Huawei P20 untuk kegunaan Super Night Mode dan kini ia hadir pada Honor 10 GT.

Honor 10 GT akan mula dijual di Cina pada 24 Julai 2018. Berita gembira bagi pengguna Honor 10 adalah kemaskini perisian yang mengaktifkan GPU Turbo dan AIS ini akan mula diedarkan pada penghujung Julai 2018.


Komen ()