Nokia X6 Dan X5 Akan Dilancarkan Sebagai Nokia 6.1 Plus Dan 5.1 Plus Untuk Pasaran Global

Nokia X6 Dan X5 Akan Dilancarkan Sebagai Nokia 6.1 Plus Dan 5.1 Plus Untuk Pasaran Global

Diterbitkan pada July 7, 2018 oleh .

Nokia X6 dan Nokia X5 adalah dua telefon pintar Nokia yang mempunyai rekaan skrin bertakuk. Buat masa ini hanya X6 telah dilancarkan di China dengan X5 bakal dilancarkan pada minggu hadapan. Ramai yang menantikan kemunculan kedua-dua peranti ini dan Nokia sendiri mengumpul maklum balas pengguna global mengenai minat mereka untuk memiliki X6.

Nokia X6Menurut laporan media Taiwan, kedua-dua peranti ini bakal dijenamakan semula apabila dilancarkan untuk pasaran global kelak. Di Taiwan X6 akan dikenali sebagai Nokia 6.1 Plus dan akan mula dijual pada 19 Julai. Maka tidak mengejutkan jika X5 akan turut menggunakan nama Nokia 5.1 Plus untuk pasaran global. Nokia X5/5.1 Plus ini dipercayai menggunakan pemproses Snapdragon 710.

Nokia X6/6.1 Plus pula hadir dengan skrin bersaiz 5.8-inci FHD+. dijana pemproses Snapdragon 636, memori sehingga 6GB, storan sehingga 64GB, kamera utama 16+5 Megapixel, kamera swafoto 16-Megapxiel dan bateri sebesar 3060 mAh yang menyokong QuickCharge 3.0. Adakah pembaca Amanz ingin Nokia X6 memasuki pasaran Malaysia?


TIPS & ULASAN