OnePlus Menipu – Video Acah Memperlihatkan OnePlus 6 Merah Tiada Dagu

OnePlus Menipu – Video Acah Memperlihatkan OnePlus 6 Merah Tiada Dagu

Diterbitkan pada July 9, 2018 oleh .

OnePlus 6 adalah telefon pintar kelas utama yang dikatakan cukup berkuasa dan mempunyai prestasi tinggi. Namun semakin lama, OnePlus dilihat semakin mengecewakan peminat dengan harga yang semakin tinggi dan juga iklan yang menipu.

Video acah rasmi yang diterbitkan beberapa hari lepas dilihat menipu para pelanggan dengan menunjukkan panel hadapan OnePlus 6 hadir tanpa dagu di bawah. Hujung bulan lepas, MKBHD memperacahkan OnePlus 6 akan hadir dalam variasi berwarna merah dan akan mula dijual bermula 10 Julai 2018.

Perkara ini sekali gus membuatkan pengguna yang baru mengenali OnePlus keliru dan mungkin menjadikan peminat kecewa.

Sebenarnya, ini bukan pertama kali OnePlus menipu dengan video iklan. Sebelum ini, mereka turut menerbitkan video yang kononnya mencabar orang tepi jalan yang ditemui memecahkan iPhone X, iPhone 8, Galaxy S8 dan Galaxy Note 8 – jika kalah dalam ujian peranti mana paling pantas.

Video-video iklan ini jelas sekali menipu – dan OnePlus dilihat sudah tidak sehebat pada zaman OnePlus One yang pada ketika itu adalah peranti yang benar-benar pembunuh segala peranti kelas utama.

Jadi anda bagaimana? Adakah anda akan terus setia bersama OnePlus atau akan bertukar ke iPhone seperti mana yang telah saya lakukan?


TIPS & ULASAN