Huawei MateBook X Pro Melepasi Pengesahan Sirim

Huawei MateBook X Pro Melepasi Pengesahan Sirim

Diterbitkan pada July 10, 2018 oleh .

Di acara MWC 2018 yang berlangsung Februari lalu, komputer riba Huawei MateBook X Pro diperkenalkan kepada dunia. Komputer riba ini menggabungkan rekaan yang nipis, spesifikasi yang baik, bahan binaan premium dan mempunyai papan kekunci yang kalis air. Ramai pengguna di Malaysia menantikan kemunculannya tetapi tiada maklumat dikongsi oleh pihak Huawei Malaysia.

MateBook X Pro telah melepasi pengesahan SIRIM pada 4 Julai yang lalu. Ia menggunakan nombor model Mach-W29 dan kemunculan di pangkalan data SIRIM biasanya menandakan tarikh pelancarannya sudah semakin hampir. Tetapi pada waktu yang sama pada bulan Mac lalu Huawei MateBook X juga melepasi pengesahan SIRIM tetapi sehingga kini belum dilancarkan.

MateBook X Pro ini hadir dengan skrin 13.9 inci 3000×200 pixel nirbingkai, dijana pemproses sehingga Intel Core i7-8550U, GPU Nvidia GeForce MX150 2GB GDDR5, memori sehingga 16GB LPDDR, storan sehingga 512 GB NVMe PCIe SSD dan bateri sebesar 57.4 Wh. Ini dikatakan mampu memberikan waktu penggunaan sehingga 12 jam.

Terdapat pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa dan audio Dolby ATMOS. Ciri paling menarik ialah kamera web yang disorokkan pada papan kekunci yang perlu ditekan untuk timbul ke atas apabila diperlukan. Ia turut hadir dengan dua port USB-C dan satu port USB-A. Kesemua ini dimuatkan ke dalam peranti yang hanya seberat 1.33 kg.

 


TIPS & ULASAN