Apple Disaman Kerana Melanggar Paten “Do Not Disturb While Driving”

Apple Disaman Kerana Melanggar Paten “Do Not Disturb While Driving”

Diterbitkan pada July 12, 2018 oleh .

Kes saman-menyaman Apple dilihat belum lagi berhenti. Selepas bersetuju dengan Samsung untuk selesaikan isu saman di luar mahkamah, Apple kini disaman mengenai ciri iOS mereka “Do Not Disturb While Driving“.

Ciri iOS “Do Not Disturb” ini mula diperkenalkan dalam iOS 11. Ia adalah ciri yang mengaktifkan mod senyap dan menukar skrin menjadi gelap agar tidak mengganggu pengguna ketika memandu. Apple disaman oleh SMTM Technologies kerana dikatakan meniru teknologi yang dicipta oleh Nick Bovis.

SMTM Technologies ingin membuat perjanjian dengan Apple – dengan hanya membayar royalti lumayan kepada mereka untuk selesaikan isu ini.

Ini bukanlah pertama kali Apple disaman kerana ciri “Do Not Disturb“, kerana pada bulan Mei lalu – mereka disaman atas ciri yang sama dan juga kerana sistem dwi-kamera iPhone X.


TIPS & ULASAN