Pemproses HiSilicon Kirin 710 Dilancarkan Sebagai Pengganti Kirin 659

Pemproses HiSilicon Kirin 710 Dilancarkan Sebagai Pengganti Kirin 659

Diterbitkan pada July 19, 2018 oleh .

Telefon pintar Huwei Nova 3i dilancarkan semalam dan merupakan peranti peranti menggunakan cip HiSilicon Kirin 710. Cip ini menggantikan Kirin 659 sebagai pemproses kelas pertengahan yang digunakan oleh Huawei. Dari segi spesifikasi, Kirin 710 dilengkapi empat teras Cortex A73 pada kelajuan 2.2GHz dan empat lagi teras Cortex A53 pada kelajuan 1.7GHz.

Kemampuan memproses satu teras dikatakan meningkat 75% dan multi-teras pula meningkat sehingga 68% berbanding Kirin 659. Dari segi grafik, GPU Mali G5 digunakan yang menurut Huawei adalah 1.3X lebih berkuasa dan 1X lebih menjimatkan tenaga berbanding GPU Mali-T830 MP2 pada Kirin 659. Kirin 710 dihasilkan menerusi proses 12nm. Ini adalah berbeza dari proses 10nm yang menghasilkan Qualcomm Snapdragon 710. Akhir sekali modem yang digunakan menyokong rangkaian LTE Cat.12 dan Cat.13


TIPS & ULASAN