BlackBerry Ghost Yang Tertiris Sebelum Ini Akan Digelar Sebagai BlackBerry Evolve Dan Evolve X

BlackBerry Ghost Yang Tertiris Sebelum Ini Akan Digelar Sebagai BlackBerry Evolve Dan Evolve X

Diterbitkan pada July 19, 2018 oleh .

Peranti BlackBerry dengan spesifikasi kelas utama kali terakhir didengari adalah pada tahun 2016 dengan BlackBerry DTEK60. Ia dijana dengan Snapdragon 820. Peranti kelas utama BlackBerry terkini masih lagi ura-ura yang sebelum ini dinamakan sebagai BlackBerry Ghost.

 

Kemudian, sumber mengatakan BlackBerry Ghost mungkin akan dikuasai dengan bateri sebesar 4000mAh dan juga skrin nirbingkai. Terkini, menurut peniris terkenal Evan Blass – BlackBerry Ghost akan digelar sebagai BlackBerry Evolve dan BlackBerry Evolve X.

Info setakat ini dikatakan adalah ia akan dilancarkan eksklusif di India oleh syarikat Optiemus. Jika ia benar adalah peranti kelas utama ia mungkin akan dijana dengan Snapdragon 845. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan berita rasmi daripada BlackBerry akan datang.


TIPS & ULASAN