Platform Penstriman DC Universe Kini Boleh Di Pra-Langgan

Platform Penstriman DC Universe Kini Boleh Di Pra-Langgan

Diterbitkan pada July 20, 2018 oleh .

Pada bulan Mei lalu, platform penstriman DC Universe telah diumumkan. Ia kemudian dilaporkan akan mula beroperasi pada penghujung tahun ini. Kini, peminat dunia DC sudah boleh mula pra-langgan dan pendaftar beta boleh mula menikmati pada bulan Ogos kelak, manakala pelancaran rasmi mungkin bulan Oktober.

Harga langganan platform penstriman DC Universe adalah bermula $7.99 sebulan dan $74.99 setahun. Iaitu sekitar RM32.50 dan RM305. Jika anda melanggan setahun anda akan menerima 3 bulan langganan percuma. Sayang sekali ia hanya ditawarkan untuk pengguna di Amerika Syarikat.

Berbeza dengan platform penstriman lain, DC Universe bukan sahaja menawarkan filem atau drama, bahkan mereka turut menawarkan komik, digital, pembelian barangan eksklusif, berhubung dengan komuniti DC, mengenali watak-watak dunia DC dan juga memenangi pelbagai hadiah menarik.

Jika anda ingin menonton drama DC seperti siri DC Titans – Young Justice Outsiders, Harley Quinn dan Swamp Thing anda perlu menggunakan VPN untuk sambungan ke negara A.S.


TIPS & ULASAN