Cari @ Amanz

Nampaknya kehadiran peranti siri Pixel memang akan berlaku. Pelbagai berita dan info tertiris sudah pun tersebar di arena web. Terkini melalui peniris terkenal Evan Blass – selain daripada siri Pixel 3, Pixelbook generasi baru turut akan dilancarkan bersama-sama.

Pixelbook ini akan hadir dengan skrin dengan bingkai lebih nipis. Ia mungkin akan mempunyai sedikit naik taraf dari spesifikasi dan turut menjalankan Chrome OS versi baru dengan pelbagai ciri dan fungsi baru yang sudah stabil.

Seperti berita sebelum ini, Google mungkin turut akan melancarkan Pixel-Watch dengan Wear OS bersama-sama dengan Pixel-Buds generasi baru.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd