Cari @ Amanz

Sensor terbesar pada telefon pintar dipegang oleh Nokia Lumia 1020 yang sebesar 41-Megapixel yang dilancarkan pada tahun 2013. Tetapi rekod ini bakal dipecahkan oleh peranti yang menggunakan sensor terkini Sony yang dilancarkan hari ini.

Sensor Sony IMX586 adalah bersaiz 48-Megapixel (8000×6000 pixel) dengan setiap pixel bersaiz 0.8 μm. Ini bermakna gambar yang lebih tajam dan terang boleh diambil menggunakan sebuah telefon pintar. Dengan menggunakan tatasusunan Quad Bayer, gambar yang terang boleh diambil walaupun dalam situasi pencahayaan yang rendah pada resolusi 12-Megapixel. Resolusi rakaman video maksimum ialah 4K 90FPS dan 720P 480FPS.

Sensor IMX586 hanya akan mula dihasilkan pada bulan September. Ini bermakna besar kemungkinan ia tidak digunakan pada Sony Xperia XZ3 yang dilancarkan pada penghujung Ogos.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd