Xiaomi Mi A2 dilancarkan sebentar tadi dan merupakan sebuah Mi 6X yang dijenamakan semula untuk pasaran global. Peranti kelas pertengahan ini menggunakan sistem operasi Android One dan dilengkapi sistem dwi-kamera utama. Maka oleh itu ia sesuai dibandingkan dengan Samsung Galaxy A8 Star yang memasuki pasaran Malaysia minggu lalu dan Nokia 7 Plus yang kedua-duanya menggunakan pemproses yang setanding.