YouTube Kini Turut Mempunyai Fungsi Seakan Instagram Stories

YouTube Kini Turut Mempunyai Fungsi Seakan Instagram Stories

Diterbitkan pada Ogos 2, 2018 oleh .

Jenaka yang kerap didengari di media sosial ialah fungsi Stories akan disokong pada GMail. Ini masih belum berlaku tetapi Stories yang diperkenalkan oleh Snapchat kini turut boleh ditemui di Facebook, Instagram dan WhatsApp. Satu lagi aplikasi yang akan turut menurut menyokong Stories ialah YouTube.

Fungsi “Story” pada YouTube kini diberikan kepada sebilangan kecil pengguna. Ia mempunyai fungsi dan antaramuka¬† yang sama seperti Instagram Stories. Pengguna boleh memuat naik gambar dan menghiasnya dengan menggunakan teks.

Jelas sekali Stories ialah fungsi yang amat popular di kalangan pengguna dan ditiru oleh platform media sosial lain. Seperti kami laporkan beberapa bulan yang lalu, Instagram Stories digunakan oleh 400 juta pengguna sehari. Ia kemudian digunakan oleh Instagram untuk menyelitkan iklan untuk menjana pendapatan.

Instagram sendiri telah melancarkan IGTV yang berfungsi seakan YouTube maka tidak mengejutkan Google memberikan fungsi Instagram Stories pula pada YouTube. Aplikasi apakah seterusnya yang akan menyokong Stories?


TIPS & ULASAN