Razer merupakan salah satu jenama yang terkenal dengan peminat permainan video. Sebelum ini, CEO Razer pernah menyatakan hasrat untuk membuka kedai mercu Razer di Malaysia. Selain daripada itu, Malaysia juga dipilih sebagai negara pertama untuk pengenalan dompet digital Razer Pay sebelum ini.
Kini, berkongsi bersama Menteri Belia dan Sukan, pihak Razer menyatakan yang mana mereka sedang melihat potensi untuk membangunkan sebuah “Digital Entertainment City” di Malaysia. Razer dijangka bekerjasama dengan MDEC untuk tujuan berkenaan.
Sekiranya projek ini diteruskan, ia dijangka akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, selain pada masa yang sama terus memperkembangkan industri tempatan – terutamanya berkaitan e-sukan, permainan video dan juga multimedia.
Projek “Digital Entertainment City” di Malaysia ini sekiranya berhasil, ia dijangka menjadi yang pertama di Asia Tenggara. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut sama ada projek ini diteruskan ataupun sebaliknya.
Creating Jobs: Now & The Future
RAZER sedang melihat potensi untuk membina Digital Entertainment City di Malaysia dengan kerjasama MDEC. Jika berhasil, ia bakal menjadi yang pertama di Asia Tenggara. Pelaburan masuk dijangka melebih RM4 billion. pic.twitter.com/xgEyjfWF7L
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 5, 2018