Xiaomi Pocophone F1 Tertiris – Memperlihatkan Spesifikasi Sebuah Peranti Mercu Dan Penggunaan Sistem Penyejukan Cecair
Artikel Berkaitan

Xiaomi Pocophone F1 Tertiris – Memperlihatkan Spesifikasi Sebuah Peranti Mercu Dan Penggunaan Sistem Penyejukan Cecair

Diterbitkan pada Ogos 8, 2018 oleh .

Pada penghujung bulan lepas, telah kami laporkan di mana Xiaomi disahkan bakal hadir dengan sebuah lagi peranti mercu bernama Pocophone F1.

Peranti ini kian menjadi misteri kerana tiada butiran lengkap dan jelas. Kini, gambar peranti itu sendiri tertiris bersama-sama dengan kotak. Ia memperlihatkan penggunaan spesifikasi sebuah peranti pintar dan juga penggunaan sistem penyejukan cecair.

Dari imej peranti, skrin dilihat hampir sama seperti dengan Xiaomi Mi 8 – bertakuk dan juga kamera hadapan dengan kelihatan seperti satu sensor infra yang berkemungkinan adalah untuk nyahkunci berasaskan wajah. Dari segi rekaan pula ia dilihat dibina dari besi, masih mengekalkan bicu audio 3.5mm dan juga mempunyai bateri sebesar 4000mAh.

Lebih menarik, peranti ini bukan sahaja dijana dengan Snapdragon 845 – tetapi adalah Snapdragon 845 AIE yang memfokuskan kecerdasan buatan. Di mana sistem dwi-lensa peranti juga turut disokong oleh teknologi tersebut.

Tiada lagi maklumat seperti memori atau juga tarikh pelancaran. Tapi ini berkemungkinan adalah satu peranti mercu Xiaomi harga berpatutan. Seperti biasa, ikuti Amanz selalu dan nantikan berita lanjut.

 

*Sumber adalah dari laman membeli belah atas talian dari Roman – ia sudah pun dipadam.


TIPS & ULASAN