Poco – Sub-Jenama Baru Daripada Xiaomi Mula Diacahkan Pelancarannya Di India

Poco – Sub-Jenama Baru Daripada Xiaomi Mula Diacahkan Pelancarannya Di India

Diterbitkan pada Ogos 9, 2018 oleh .

Desas-desus mengenai Pocophone telah kedengaran sejak beberapa minggu lepas, dan kini, pihak Xiaomi secara rasminya mengesahkan sub-jenama berkenaan, dan telah hadir dengan gambar acah untuk pengenalan sub-jenama Poco di India.

Poco Xiaomi

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi apakah permainan pihak Xiaomi melalui sub-jenama baru ini. Melalui ketirisan yang hadir sebelum ini, ia dilihat turut hadir dengan spesifikasi tinggi, dan dijangka ditawarkan pada harga sangat kompetitif.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Xiaomi akan memperkenalkan telefon pintar pertama dibawah Poco ini. Memandangkan ia telah melepasi pengesahan Sirim, maka kita mungkin melihat ia dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN