Cari @ Amanz

Rekaannya tertiris semalam dan hari ini Motorola P30 telah dilancarkan secara rasmi di China sebentar tadi. Dari segi rekaan P30 ini sekilas pandang kelihatan seperti sebuah klon iPhone X lengkap dengan skrin bertakuk serta dwi-kamera menegak pada bahagian belakang peranti. Perbezaannya ialah P30 ialah sebuah peranti kelas pertengahan yang menggunakan Android dengan pelancar ZUI 4.0.

Motorola P30 dilengkapi skrin 6.2″ IPS LCD FHD+, dijana pemproses Snapdragon 636, memori sebesar 6GB RAM, storan 64/128 GB, kamera utama 16+5 Megapixel, kamera swafoto 12-Megapixel dan bateri sebesar 3000 mAh. Sebuah pengimbas cap jari berbentuk bulat terletak pada bahagian belakang peranti merangkap logo Motorola. Keseluruhan panel belakang peranti ini menggunakan bahan binaan kaca.

Peranti ini ditawarkan dalam tiga warna iaitu hitam, putih dan aurora. Warna ketiga ini menyerupai warna pelangi yang dipopularkan oleh Huawei P20 Pro. Ia hanya akan mula dijual di China pada 15 September pada harga RMB 2099 (~RM 1245) untuk model 6GB/64GB dan RMB 2499 (~RM 1483) untuk model 6GB/128GB. Buat masa ini P30 hanya diumumkan untuk pasaran China tetapi berkemungkinan besar dilancarkan sebagai Motorola One Power dengan Android One untuk pasaran global kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd