Carian
Mi Band 3 Versi NFC Masih Lagi Dalam Ujian
August 16, 2018 Fahim Zahar

Xiaomi  Mi Band adalah gelang tangan penjejak kesihatan yang agak popular. Ia juga dijual pada harga yang agak berpatutan. Terbaru dari Xiaomi adalah Mi Band 3. Semasa ia dilancarkan, Xiaomi memperkenalkan dua variasi – satu biasa dan satu versi NFC. Sehingga hari ini versi NFC masih belum dijual.

Di Weibo rasmi Mi Band – mereka telah terbitkan di mana Mi Band 3 versi NFC masih lagi dalam ujian. Sudah hampir dua bulan dilancarkan, dan ia masih lagi diuji. Nampaknya Xiaomi seolah tidak bersedia lagi untuk lancarkan Mi Band 3 NFC ini. Fungsi NFC ini jika di China boleh dijadikan sebagai pas menaiki bas awam, nayhkunci pintu rumah, atau juga membuat pembayaran nirtunai. Di Malaysia – teknologi seperti ini pada jam tangan pintar atau penjejak kesihatan masih tidak relevan (kecuali Samsung Pay).

Munglin sebab itu Xiaomi melancarkan Hey+ di laman biayasama mereka Youpin. Apa-apa pun, bilakah Mi Band 3 NFC ini sedia dijual masih belum diketahui. Untuk versi biasa – Mi Band 3 masih belum kelihatan akan dijual di Malaysia secara rasmi.

Komen