Bukan lagi rahsia tiga model iPhone akan dilancarkan tahun ini. Dua dengan skrin OLED dan satu dengan skrin LCD. Semalam tiga nama kod untuk peranti baharu “iPhone xx,” “iPhone9.7” dan “N84” muncul di dalam perisian pembangunan Xcode Apple. Satu perkara yang menarik mengenai iPhone xx ialah spesifikasinya.
Peranti akan menggunakan skrin LCD dengan sokongan DCI-P3 dan pemproses Apple A10. Ini ialah pemproses yang digunakan pada iPhone 7 dan 7 Plus dua tahun yang lalu. Ini bermakna iPhone 2018 dengan skrin 6.1-inci LCD ini bakal menjadi model gantian kepada iPhone SE. Tetapi tidak seperti SE, ia menggunakan rekaan skrin bertakuk seperti iPhone X tahun lalu. Dengan kata lain ini mungkin peranti yang sebelum ini diuar-uarkan akan dilancarkan sebagai iPhone SE 2.