Android Pie Sedang Diuji Pada Lima Lagi Peranti Huawei

Android Pie Sedang Diuji Pada Lima Lagi Peranti Huawei

Diterbitkan pada Ogos 29, 2018 oleh .

Dua minggu lalu Huawei mengumumkan ujian Android Pie pada Huawei Mate 10 ProHuawei P20Honor 10 dan juga Honor V10. Hari ini lima lagi peranti diumumkan sedang diuji dengan sistem operasi terkini dari Google ini.

Peranti tersebut adalah Honor Play, Huawei Mate 10 Porsche Design, Mate RS Porsche Design,  Mate 10 danP20 Pro. Ini membawakan jumlah keseluruhan peranti yang diuji kepada sembilan kesemuanya. Peranti terawal yang akan menerima kemaskini Android Pie ialah P20 pada awal bulan hadapan. Huawei Mate 20 pula dipercayai akan menjadi peranti pertama yang dilancarkan dengan Android Pie dan pelancar terbaru EMUI 9.0.


TIPS & ULASAN