Peratusan Penggunaan Android Oreo Kini Hampir 15% Dengan Nougat Di Tempat Pertama
September 1, 2018
Effi Saharudin
Kita sudah di bulan September dan Google telah berkongsi peratusan sistem operasi Android sehingga 31 Ogos 2018. Penggunaan Android Oreo kini di tahap 14.6%, meningkat dari 12.1% dua bulan lalu. Android Pie masih belum kelihatan walaupun diperkenalkan pada bulan ini.
Sistem operasi dengan peratusan terbesar adalah Nougat (30.8%) diikuti oleh Marshmallow (22.7%), Lollipop (19.2%) dan Oreo. Dengan pengenalan Project Treble, peratusan Pie diharap akan meningkat dalam masa dua bulan dari sekarang. Peranti seperti Sony Xperia XZ3 dan Mate 20 kedua-duanya akan menggunakan Pie sejurus selepas ia mula dijual. Apakah versi Android yang digunakan pada peranti anda sekarang?
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.