Peratusan Penggunaan Android Oreo Kini Mencecah 12.1%

Peratusan Penggunaan Android Oreo Kini Mencecah 12.1%

Diterbitkan pada July 24, 2018 oleh .

Hari demi hari, penggunaan Android Oreo semakin meningkat. Sejak bulan Mei lalu, hanya sebanyak 5.7% sahaja penggunaan peranti dengan Android Oreo. Hari ini, Google telah menerbitkan statistik bulan Julai – dan peratusan penggunaan Android Oreo dilihat naik lebih dua kali ganda iaitu 12.1%.

Versi Android dengan peratusan paling tinggi ialah Nougat (30.8%) diikuti oleh Marshmallow (23.5.%) dan Lollipop (20.4%). Ketiga-tiga versi ini mencatatkan penurunan berbanding bulan Mei lalu. Penurunan ini mungkin ada kaitan dengan Google yang telah menutup pensijilan Android Nougat – di mana semua peranti baru harus menggunakan Android Oreo. Selain itu, peningkatan Android Oreo ini juga boleh dikatakan menaik kerana hadirnya Android Go yang berasakan Oreo.


TIPS & ULASAN