Peratusan Penggunaan Android Oreo Kini Mencecah 5.7%

Peratusan Penggunaan Android Oreo Kini Mencecah 5.7%

Diterbitkan pada Mei 9, 2018 oleh .

Usai acara Google I/O pagi tadi, pihak Google telah berkongsi angka terkini peratusan penggunaan  pelbagai versi sistem operasi Android mereka. Android Oreo kini mencecah 5.7% dan adalah peningkatan berbanding 4.6% pada awal bulan April yang lalu.

Versi Android dengan peratusan paling tinggi ialah Nougat (29.1%) diikuti oleh Marshmallow (25.5.%) dan Lollipop (22.4%). Ketiga-tiga versi ini mencatatkan penurunan berbanding bulan April. Android P Beta sudah boleh dimuat turun beberapa peranti hari ini. Jadi peratusan pengguna Oreo yang masih di bawah 6% selepas hampir setahun dilancarkan adalah sedikit memalukan jika dibandingkan dengan iOS 11 yang sudah digunakan hampir 80% peranti yang menyokongnya.


TIPS & ULASAN