OnePlus Bakal Memperkenalkan Sesuatu Pada 15 Januari 2019 – Mungkin Sebuah Peranti Misteri
Fahim Zahar
OnePlus tahun ini telah melancarkan OnePlus 6 pada bulan Mei lepas. Akan datang pada bulan Oktober atau November, OnePlus 6T pula akan dilancarkan. Tetapi OnePlus China telah menetapkan tarikh 15 Janurai 2019 untuk melancarkan sesuatu.
Menjadi tanda tanya adalah jika OnePlus 6T akan dilancarkan pada Oktober atau November 2018 kelak, adakah OnePlus akan melancarkan telefon pintar lain selang dua/tiga bulan selepas pengenalan OnePlus 6T.

Menurut ura-ura, ia mungkin adalah peranti OnePlus yang dijana dengan cip pemproses yang menyokong rangkaian 5G. Adakah OnePlus dengan pantasnya memperkenalkan OnePlus 7?
Masih jauh lagi tarikh 15 Januari 2019 ini, untuk mengetahuinya dengan lanjut – sama-sama kita nantikan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.