Carian
Gambar Panel Belakang Nokia 9 Tertiris – Hadir Dengan Lima Lensa?
September 5, 2018 Fahim Zahar

Sebelum ini, kita kedengaran satu ura-ura di mana Nokia mungkin bekerjama dengan Light untuk menghasilkan telefon pintar dengan multi-kamera. Teknologi kamera itu adalah daripada Light, kerana pihak Light sebelum ini dikatakan bakal hadir dengan teknologi untuk telefon pintar.

Kini tertiris adalah gambar panel belakang yang dikatakan adalah milik Nokia 9. Sumber asal dari Baidu telah dipadam selepas gambar tertiris ini tular. Namun, gambar ini masih lagi tersimpan di laman Slashleaks. Gambar ini memperlihatkan tetapan lima lensa serta satu LED flash. Dari apa yang kami faham, lensa di bahagian bawah yang kelihatan sedikit aneh itu mungkin adalah lensa 3D.

Selain itu, gambar tertiris ini turut memperlihatkan tulisan Android One. Ini mengesahkan di mana telefon pintar yang dikatakan Nokia 9 ini akan menjalankan sistem operasi Android One. Tidak pasti sama ada lensa yang digunakan kali ini adalah dari Carl Zeiss ataupun Light. Lebih mengejutkan, rekaan kamera pada peranti Nokia yang tertiris ini juga hampir sama dengan imej pengolokan yang pernah tular di web sebelum ini.

Untuk ketahui lebih lanjut, sama-sama kita nantikan kelak.

Komen