Cari @ Amanz

Apple menjadualkan pengenalan telefon pintar mereka pada hari Rabu ini, dimana beberapa model iPhone dijangka diperkenalkan. Sebelum ini, kita telah sedia mendengar yang mana Apple akan menawarkan dua model berspesifikasi tinggi dengan nama iPhone XS.

Terkini, laporan baru hadir mengatakan iPhone dengan spesifikasi sedikit rendah dijangka dipasarkan dengan nama iPhone XC.

iPhone XC ini dijangka hadir dengan skrin 6.1-inci berasaskan panel LCD, selain mungkin hadir dengan sokongan dwi-SIM.

Seperti biasa, ini sekadar desas-desus sahaja, dan tidak diketahui nama akhir peranti ini akan dikenali iPhone XC atau nama lain. Sama-sama kita nantikan pengenalan rasmi Apple untuk telefon pintar mereka pada hari Rabu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd